Monday, April 13, 2009

Khidmat Bantu SMK Padang Midin (Mesy Penyelarasan)




PKG Bukit Besar telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Status Persediaan Pertandingan bagi Penghakiman PSS Kebangsaan yang dijangka pada pertengahan Mei 2009. Dipengerusikan olegh PTP PKG: Ahmad Suhaimi Said serta dihadiri oleh Puan Pengetua, GPK 1 serta semua AJK PSS.

Mesyuarat meliputi pelaporan status persiapan bagi sesi kedua selepas khidmat bantu BTPNT selama 2 hari dibuat di SMK Padang Midin. Perbincangan juga tertumpu kepada keperluaan pemantapan sistem pengurusan PSS dan Inovasi Sekolah.
Khidmat Bantu PKG meliputi penyediaan kemudahan Internet serta networking kepada semua bilik PSS serta membantu pihak sekolah mendapatkan komputer dengan bantuan JPNT.

Monday, March 30, 2009

Tahniah! Data SSQS Sekolah Ahli PKG Bukit Besar 100%



Tahniah! data SSQS sekolah ahli PKG Bukit Besar telah mencapai 100% bagi kesemua 35 buah sekolah ahli. Pengisian data SSQS di laman http://ssqs.moe.edu.my yang meliputi data ICT iaitu makmal komputer, talian schoolnet, cd P&P dan PPSMI. Sistem ini akan ditutup pada 30 Mac 2009. Tahniah Sekali lagi.

Sunday, March 29, 2009

Pemantauan Data SSQS PKG 2009

Sepanjang Febuari hingga Mac 2009 - PKG Bukit Besar telah membuat pemantauan memastikan sekolah ahli mengemaskini data SSQS secara lengkap. URL sistem SSQS ialah http://ssqs.moe.edu.my.

Kepada sekolah ahli yang belum memgemaskini data SSQS sila kemaskini dengan segera kerana kemudahan megemaskini data sistem ini akan ditutup bermula 30 Mac 2009. Apa-apa masalah sila lawatai laman web PKG Bukit Besar iaitu http://apps.emoe.gov.my/pkgtbb

Lawatan Anak Yatim Dari Melaka


PKG Bukit Besar menerima lawatan dari rumah anak Yatim Melaka bersama Guru-guru sekolah agama dari Melaka pada 22 Mac 2009

Friday, February 27, 2009

Mesyuarat JKPA Bil. 1 / 2009


PKG Bukit Besar telah berjaya mengadakan Mesy JKPA pada 26 Feb 2009 di PKG Bukit Besar. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan KPP Haji Kassim Bin Husin dan wakil PPD, Hj Wan Mohamad Bin Hj Wan Ismail. Mesyuarat dipengerusikan Pn Hajjah Rokiah - Pengetua SMK Seri Nilam. Mesyuarat yang bermula pukul 9.00 am dan ditangguhkan pada 12.50 tengahari.

Thursday, November 13, 2008

Keratan Akhbar - Temuramah Tentang Anugerah ....

PTP Pkg Bukit Besar ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian berkenaan Anugerah Inovasi PKG di Pameran Sains Teknologi di TTC Kuala Terengganu pada akhir Oktober 2008.

Monday, November 3, 2008

PKG Bukit Besar - Anugerah Naib Johan Inovasi Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 2008


PKG Bukit Besar melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Atas Talian yang telah digunakan beberapa tahun dahulu telah mendapat Anugerah Naib Johan Inovasi Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 14 Oktober 2008.Sistem aplikasi atas talian ini adalah kali pertama dipertandingan meliputi Modul Sistem Kutipan Data profil Sekolah, Sistem Pendaftaran Peserta Aktiviti, Sistem E-Permohonan Khidmat Bantu, Sistem Perluasan Bahan dan Intergrasi PSS dan Sistem OPAC PKG Bukit Besar.

Perbentangan Pertandingan telah dibuat di BTP, KPM pada 13 Oktober 2008 yang mana telah disertai 7 penyertaan yang terpilih dari seluruh negeri. Perbentangan bagi pertandingan telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar, Ahmad Suhaimi Said.Pencapaian ini adalah pencapaian kali kedua Peringkat BTP, KPM yang mana pada 2005 PKG telah menerima anugerah Suntingan Video Terbaik bagi Video Klip Pertandingan Video Klip PKG Kebangsaan. Syabas dan Tahniah kepada Warga PKG Bukit Besar. Terima Kasih Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu yang telah menyokong usaha ini selama ini.