Saturday, July 12, 2008

Khidmat Bantu ICT - SMK Bandar 2008



SMK Bandar sekali lagi mewakili negeri Terengganu bagi kategori Sekolah Menengah dalam bandar bagi Penghakiman PSS Peringkat Kebangsaan. PKG Bukit Besar mengambil kesempatan memberi khidmat bantu selama 4 hari bermula 8 Julai 2008 bersama-sama pasukan PKG.

Khidmat bantu tertumpu kepada pemantapan sistem PSS Online, Pembangunan CMS sekolah serta Pembinaan sistem Rangkaian dan wireless yang boleh meliputi sebahagian besar kawasan sekolah.PKG juga dibantu oleh Unit ICT JPNT dengan pemasangan Antena Wireless berkuasa tinggi. Disamping ICT, PKG juga turut mengerakkan Aktiviti Pemantapan PSS Sekolah.

2 comments: