Monday, November 3, 2008

PKG Bukit Besar - Anugerah Naib Johan Inovasi Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 2008


PKG Bukit Besar melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Atas Talian yang telah digunakan beberapa tahun dahulu telah mendapat Anugerah Naib Johan Inovasi Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 14 Oktober 2008.Sistem aplikasi atas talian ini adalah kali pertama dipertandingan meliputi Modul Sistem Kutipan Data profil Sekolah, Sistem Pendaftaran Peserta Aktiviti, Sistem E-Permohonan Khidmat Bantu, Sistem Perluasan Bahan dan Intergrasi PSS dan Sistem OPAC PKG Bukit Besar.

Perbentangan Pertandingan telah dibuat di BTP, KPM pada 13 Oktober 2008 yang mana telah disertai 7 penyertaan yang terpilih dari seluruh negeri. Perbentangan bagi pertandingan telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar, Ahmad Suhaimi Said.Pencapaian ini adalah pencapaian kali kedua Peringkat BTP, KPM yang mana pada 2005 PKG telah menerima anugerah Suntingan Video Terbaik bagi Video Klip Pertandingan Video Klip PKG Kebangsaan. Syabas dan Tahniah kepada Warga PKG Bukit Besar. Terima Kasih Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu yang telah menyokong usaha ini selama ini.

No comments:

Post a Comment